Arab Saudi tutup sekolah, jalan utama ke Makkah

Hujan diramalkan berterusan sepanjang minggu ini di Jeddah. - Agensi
Hujan diramalkan berterusan sepanjang minggu ini di Jeddah. - Agensi
A
A
A

RIYADH - Hujan lebat di bandar pesisir pantai Arab, Jeddah mengakibatkan jadual penerbangan terpaksa ditunda selain penutupan sekolah-sekolah dan jalan ke Makkah, lapor media kerajaan.

Jeddah, bandar yang mempunyai empat juta penduduk dan terletak di Laut Merah telah mendapat jolokan 'pintu masuk Makkah' untuk jemaah menunaikan haji dan umrah setiap tahun.

Gambar disiarkan di media sosial pada Khamis menunjukkan air melimpah di jalan raya di Jeddah, manakala sebilangan kereta hampir ditenggelami air.

Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Raja Abdulaziz berkata, disebabkan cuaca buruk, pelepasan beberapa penerbangan telah ditangguhkan dan menggesa penumpang menghubungi syarikat penerbangan bagi mendapatkan jadual terkini.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan bahawa pembelajaran sekolah di bandar akan digantung ketika hujan diramalkan berterusan sepanjang hari.

Katanya, sekolah di bandar berdekatan seperti Rabigh dan Khulais turut ditutup demi keselamatan pelajar. - AFP

Artikel Berkaitan: