[VIDEO] Mohd Shukri mula tugas sebagai Menteri Besar Perlis

Mohd Shukri (kiri) ditemani Hasnol tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada jam 9 pagi, Rabu.
Mohd Shukri (kiri) ditemani Hasnol tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis pada jam 9 pagi, Rabu.
A
A
A

KANGAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di sini pada Rabu.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada jam 9 pagi.

Ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr Faizal Kamarudin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rusdi Yahya.

Mohd Shukri
Mohd Shukri

Pesuruhjaya Pas Perlis itu kemudian menghadiri sesi pembentangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Perlis di sini.

Pada Selasa, Mohd Shukri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan Menteri Besar baharu selepas PN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel Berkaitan:

PRU15 menyaksikan PN berjaya meraih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali di Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling.

Keputusan itu sekali gus menamatkan penguasaan lebih 60 tahun BN di Perlis.