'Pandangan majoriti rakyat Melayu perlu diambil kira'

Tengku Razaleigh
Tengku Razaleigh
A
A
A

AMPANG - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa pandangan daripada majoriti rakyat Melayu perlu diambil kira sekiranya parti mahu tubuhkan kerajaan Persekutuan dan memilih calon Perdana Menteri.

Menurutnya, keputusan itu tidak boleh mengabaikan pandangan rakyat terutamanya golongan Bumiputera yang mempunyai populasi 60 peratus di negara ini.

"Katakan kalau tonjolkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, Amanah dan PKR.

"Bolehkah Anwar kawal PH mengikut cara yang dia boleh dilaksanakan? Yang mana Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri gagal untuk mengawal ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan dalam kerajaan PH.

"Itu pun tanpa 122 undi. Mereka perlu cukupkan undi tersebut, maknanya mereka perlukan sokongan undi dari parti-parti lain juga," katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya pada Selasa.

Tambah beliau, apa yang penting adalah melihat dasar daripada rakyat sama ada menerima atau menolak pemimpin yang diketengahkan.

"Ini adalah masalah yang terbesar. Ia bukan soal DAP bersama dengan UMNO atau Pas. Ia juga bukan soal nak tonjolkan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar.

"Ia adalah soal dasar (pandangan rakyat)," ujarnya.

Artikel Berkaitan: