Polis tingkat kawalan keselamatan pekarangan Istana Negara

Polis meningkatkan kawalan keselamatan di pekarangan pintu 2 Istana Negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Polis meningkatkan kawalan keselamatan di pekarangan pintu 2 Istana Negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meningkatkan kawalan keselamatan, susulan mendapati kira-kira 100 penyokong Pakatan Harapan berkumpul di pekarangan pintu 2 Istana Negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan pihaknya meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi terbabit.

"Ya, kami akan tingkatkan (kawalan keselamatan)," katanya ringkas pada Selasa.

Sebelum itu, kumpulan penyokong berkenaan mula berhimpun dan melaungkan reformasi di hadapan Pintu 2 Istana Negara pada jam 3.30 petang.

Sebahagian daripada penyokong PH membanjiri pekarangan Istana Negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sebahagian daripada penyokong PH membanjiri pekarangan Istana Negara pada Selasa. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Pada Selasa, media melaporkan Ketua gabungan Pakatan Harapan dan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara jam 4.30 petang.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapatkan kepercayaan majoriti mudah.

Artikel Berkaitan: