'Kita kena tunggu keputusan Istana'

Redzuan meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengah hari.
Redzuan meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengah hari.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Redzuan Mohd Yusof baharu sahaja meninggalkan kediaman Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara di sini pada jam 12.50 tengah hari.

Sebelum beredar, beliau dilihat memberikan KFC kepada pengamal media yang menunggu di luar kediaman Muhyiddin sejak pagi.

Ketika ditanya sama ada mana-mana ahli Parlimen mengambil semula sokongan mereka terhadap Muhyiddin, Redzuan berkata, setakat pengetahuannya tiada.

“Kita kena tunggu keputusan daripada Istana,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Artikel Berkaitan: