Belanda belum selamat

Van Dijk mahu rakan sepasukan membaiki kelemahan untuk mengharungi aksi kedua Piala Dunia menentang Equador. - Foto Agensi.
Van Dijk mahu rakan sepasukan membaiki kelemahan untuk mengharungi aksi kedua Piala Dunia menentang Equador. - Foto Agensi.
A
A
A

SKUAD Belanda belum mahu berasa selesa dengan kemenangan 2-0 ke atas Senegal pada aksi pertama Piala Dunia kerana masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

Kapten Belanda, Virgil van Dijk memberitahu masih banyak kerja rumah yang mereka perlu lakukan untuk mempamerkan aksi yang lebih baik apabila berdepan Equador pada 26 November.

"Belanda menang tetapi kami juga tahu bahawa kami boleh dan mesti melakukan lebih baik.

"Apabila sering melakukan serangan, kami terlalu kerap membiarkan terdedah dengan serangan balas Senegal.

"Ia adalah perkara yang kami perlu perbaiki kerana itulah senjata utama lawan kami seterusnya, Ecuador.

"Saya optimis kami akan dapat mempamerkan aksi lebih baik," ujar Van Dijk.

Belanda dipaksa berhempas pula untuk meraih kemenangan menerusi dua gol pada 10 minit terakhir perlawanan.

Gol kemenangan Belanda dihasilkan menerusi jaringan penyerang PSV Eindhoven, Cody Gakpo pada minit ke-84 dan pemain tengah Ajax, Davy Klaassen pada masa kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Van Dijk yang merupakan ayam tambatan Liverpool membuat penampilan sulung di kejohanan berprestij itu dan penampilan ke-50 bersama skuad kebangsaan.

Pengendali Belanda, Louis van Gaal turut memberikan kap pertama kepada penjaga gol, Andries Noppert.

Penjaga gawang Heerenveen itu cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya di separuh masa kedua.

"Ia adalah impian sejak zaman kanak-kanak untuk beraksi di Piala Dunia tetapi saya tidak pernah terfikir ia akan menjadi kenyataan.

"Ia benar-benar amat istimewa apabila jurulatih penjaga gol, Frans Hoek memberitahu saya pada Jumaat lalu yang saya akan bermain," ujar Noppert.