JKM cari waris kanak-kanak ditinggalkan ibu

Kanak-kanak ini ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri pada 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam.
Kanak-kanak ini ditinggalkan tanpa dokumen pengenalan diri pada 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang menjadi mangsa pengabaian ibu kandungnya.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Noor Liza Azezool berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandungnya tanpa dokumen pengenalan diri pada 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam.

Menurutnya, ibu kandung kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ella, merupakan seorang warganegara Indonesia dan telah meninggalkan kanak-kanak itu tanpa pengenalan diri.

"Usaha menjejaki Ella gagal dan buat sementara waktu kanak-kanak ini dijaga oleh pasangan suami isteri di Bukit Mertajam.

"Jadi kalau sesiapa ada maklumat mengenai ibu kepada kanak-kanak ini diharap boleh menghubungi kami,"katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Noor Liza berkata,permohonon pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media.

Katanya, waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Puan Noraida di talian 04-538 2584.

ENDS

Artikel Berkaitan: