Wujud transaksi beli berlian merah jambu guna wang 1MDB: PDRM

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat bukti jejak kewangan (money trail) transaksi pembelian berlian merah jambu (pink diamond) yang bernilai AS$23 juta (RM95 juta).

Perkara itu disahkan Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik

"Transaksi pembelian itu dikesan daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang syarikat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

ARTIKEL BERKAITAN: Rosmah syukur isu berlian merah jambu terbukti fitnah

"Walaupun berlian merah jambu tersebut gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan ini merujuk kepada penafian isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu yang tular di media sosial.

Isnin lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, ejen jualan yang membawa masuk berlian merah jambu dan barang kemas lain ke Malaysia untuk isteri seorang VVIP telah mengisytiharkan barangan berharga berkenaan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Artikel Berkaitan: