Enam penyokong parti politik ditahan

Tangkap layar dari sebuah video menunjukkan berlaku pergaduhan antara penyokong parti.
Tangkap layar dari sebuah video menunjukkan berlaku pergaduhan antara penyokong parti.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Enam tangkapan dibuat membabitkan penyokong parti politik yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan berdekatan Dataran Zero Kilometer di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, tangkapan ke atas warga tempatan itu dibuat pada jam 2 petang Ahad di Jalan Lagenda Height di sini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis kini telah mengenal pasti dua lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

"Tindakan lanjut masih diteruskan bagi mengesan lain-lain individu yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan pertembungan dua kumpulan penyokong parti berlainan di tempat sama setelah berlaku pergeselan bendera parti yang mengenai tubuh salah seorang penyokong parti politik.

Katanya, pada jam 2.15 pagi, polis menerima maklumat mengenai satu kejadian pergaduhan melibatkan dua kumpulan penyokong parti politik di lokasi kejadian.

"Susulan daripada kejadian, respons team polis telah digerakkan ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan," katanya.

Jelasnya, satu laporan polis bersangkut kejadian telah dibuat dan siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun

Artikel Berkaitan:

Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 9(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Sekiranya disabitkan kesalahan mereka yang terlibat boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Polis Kedah ingin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut sehingga boleh menggugat ketenteraman awam, sebaliknya menyerahkan tindakan sepenuhnya kepada pihak polis.

"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut boleh tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Firdaus Mohd Nasir menerusi talian 04-4299222 atau 012-3517317," katanya.