'Sedih tidak dapat penuhi hasrat orang Pagoh'

Razali menyantuni penduduk Pagoh pada program BN baru-baru ini.
Razali menyantuni penduduk Pagoh pada program BN baru-baru ini.
A
A
A

PAGOH - Datuk Seri Razali Ibrahim mengakui kali ini beliau berasa sedih selepas tumpas di Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, perkara itu berbeza dengan perasaan ketika kalah di Parlimen Muar pada PRU14.

"Dulu rasa tak sedih sangat. Dulu yang datang jumpa saya menangis-nangis, saya tak sedih.

"Tetapi kali ini saya rasa sedih sikit sebab melihat kemahuan orang Pagoh yang tak dapat saya penuhi," katanya dalam satu video di Facebooknya.

Beliau dipercayai berkata demikian kepada jentera BN Pagoh selepas tumpas kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu.

Muhyiddin berjaya mengekalkan kerusi itu selepas memperoleh 24,986 undi dengan kelebihan 10,007 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) Iskandar Shah Abd Rahman memperoleh 14,979 undi, manakala Razali, 14,426 undi.

Dalam pada itu, Razali berkata, jentera BN di Pagoh tidak perlu meminta maaf kepadanya atas kekahan itu.

Artikel Berkaitan:

Ketua bahagian UMNO Muar itu berkata, beliau seharusnya perlu meminya maaf sebab gagal menang di Pagoh.

"Saya biasa kalah dalam keadaan kita semua terkejut... kali ini kita tak terkejutlah.

"Saya patut minta maaf sebab saya dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed merancang macam mana nak menang. Tetapi saya yang gagal membantu sebab tuan-tuan atas kertas memang rasa tak boleh nak menang," katanya.