PRU15: Kubu kuat BN di Kepala Batas musnah

Dr Siti Mastura ketika membuang undi di Kepala Batas pada Sabtu.
Dr Siti Mastura ketika membuang undi di Kepala Batas pada Sabtu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Siti Mastura Mohamad berjaya merobohkan kubu kuat BN di Parlimen Kepala Batas selepas diumumkan memenangi kerusi itu dengan majorti 2,867 undi.

Dr Siti Mastura yang mendapat 28,604 undi menewaskan calon BN yang sebelum ini menyandang kerusi berkenaan selama dua penggal, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang hanya mendapat 25,737 undi.

Calon PH, Danial Abdul Majeed mendapat 14,214 undi manakala calon Pejuang, Hamidi Abu Hassan pula hanya mendapat 747 undi.

Pada PRU14 yang lalu, Datuk Seri Reezal Merican memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas apabila memperolehi 22,459 undi dengan majoriti 4,736.

Beliau mengalahkan Dr Zaidi Zakaria daripada Parti Keadilan Rakyat yang memperolehi jumlah undi 17,723 serta Siti Mastura sendiri, yang hanya meraih jumlah undi 12,120 pada ketika itu

Kerusi Parlimen Kepala Batas sebelum ini dikuasai selama 35 tahun oleh BN termasuk disandang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, kini ia tidak boleh dianggap lagi sebagai kubu kuat BN.

Artikel Berkaitan: