PRU15: Lima rakan bertemu kembali di pusat pengundian

Khairul Amirin (empat,kiri) menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat kekal ketika bertemu empat rakan sekolahnya di luar kawasan pusat pengundian SK Durian Tunggal, di sini, pada Sabtu.
Khairul Amirin (empat,kiri) menunjukkan jarinya yang dicelup dakwat kekal ketika bertemu empat rakan sekolahnya di luar kawasan pusat pengundian SK Durian Tunggal, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR GAJAH - Lima bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini, yang tidak berjumpa sejak dua tahun lalu bertemu di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal di sini, pada Sabtu.

Pelajar universiti, Khairul Amirin Md Zahrin, 19, selepas tamat persekolahan, dia dan rakan-rakannya lain membawa haluan masing-masing termasuk dia yang menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Menurutnya, mereka tidak merancang untuk bertemu dalam masa terdekat namun hikmah keluar mengundi awal pada hari pengundian telah memberi peluang mereka bersua walaupun seketika.

"Kami tak rancang nak jumpa, lagipun dalam keluarga saya seorang yang beralamat di Melaka manakala ibu bapa saya pulang mengundi di Johor dan kerana faktor cuaca saya keluar mengundi awal.

"Alhamdulillah tak sangka dapat bertemu kembali kawan-kawan sekolah, kami berlima memang rapat waktu sekolah dulu," katanya yang mengambil jurusan sarjana muda sains pentadbiran dan pembangunan tanah.

Bagi Saiful Razak, 19, dia yang mengambil keputusan bekerja selepas tamat persekolahan turut bersyukur dapat bertemu semula bekas rakan sekolahnya.

"Walaupun saya duduk di Durian Tunggal namun kesibukan bekerja sukar untuk jumpa satu sama lain, akhirnya bertemu di pusat pengundian," katanya yang bekerja sebagai operator kilang di Batu Berendam.

Tambahnya, berasa teruja keluar mengundi memandangkan ini pertama kali diberi peluang untuk memilih pemimpin negara.

Artikel Berkaitan: