Mangsa banjir meningkat di Raub

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 352 orang membabitkan102 buah keluarga di daerah Raub pada Jumaat.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga jam 9.40 pagi, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara(PPS) telah dibuka di daerah ini.

Mangsa terdiri daripada 114 lelaki dan 125 wanita dewasa, 62 kanak-kanak lelaki, 45 kanak-kanak perempuan, empat bayi lelaki dan dua bayi perempuan.

Seramai 148 mangsa berada di PPS Pusat Kegiatan Kemas Gali, Sekolah Kebangsaan (SK) Tersang (36), Dewan Serbaguna Kampung Pia (77),Balai Raya Kampung Ria (18), Balai Raya Kampung Sungai Pasu(15), SK Muhammad Jabbar(27), Masjid Jamek Kuala Semantan(6),Balai Raya Sengkela(10), Dewan Kampung Chenua (14) dan seorang mangsa di Masjid Kuala Temau(1).

Banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah Raub ekoran limpahan air Sungai Batu Malim dan Sungai Gali akibat hujan lebat pada awal pagi Khamis.

Artikel Berkaitan: