MBSJ sedia kawasan pemindahan kenderaan mangsa bencana

Kit bantuan banjir turut diedarkan MBSJ di beberapa lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) di bawah kawasan pantadbiran pihak berkuasa tempatan itu sejak Khamis.
Kit bantuan banjir turut diedarkan MBSJ di beberapa lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) di bawah kawasan pantadbiran pihak berkuasa tempatan itu sejak Khamis.
A
A
A

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan kawasan pemindahan kenderaan sementara untuk kegunaan penduduk ketika ditimpa bencana banjir atau tanah runtuh.

MBSJ dalam satu kenyataan memaklumkan kawasan tersebut terbahagi kepada lima zon seterusnya dapat mengelak dan mengurangkan kerosakan harta benda mangsa yang terbabit dalam bencana itu.

“Menerusi Pelan Operasi Bantuan Bencana MBSJ, majlis mengenal pasti lokasi sementara kenderaan penduduk terlibat di kawasan risiko ketika banjir berlaku.

“Inisiatif ini adalah bagi mengelak dan mengurangkan tahap kerosakan harta benda ketika bencana,” kata kenyataan itu di laman Twitter MBSJ pada Jumaat.

Menurutnya, zon terlibat ialah Subang Jaya, Kota Kemuning, Sri Serdang, Sri Kembangan dan Kinrara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Kawalan MBSJ di talian 03-8024 7700 dari Isnin hingga Jumaat (8 pagi – 5 petang).

Notis dikeluarkan MBSJ pada Jumaat
Notis dikeluarkan MBSJ pada Jumaat

Dalam pada itu, kit-kit bantuan banjir turut diedarkan MBSJ di beberapa lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) di bawah kawasan pantadbiran pihak berkuasa tempatan itu sejak Khamis.

Artikel Berkaitan:

Orang awam diminta berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa di kawasan masing-masing serta diminta untuk melaporkan jika terdapat kecemasan atau aduan melalui Pusat Kawalan Subang Jaya di talian 03-80247700.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Selangor mengalami peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut dengan kadar taburan hujan antara 100 hingga 400 milimeter (mm) bermula pertengahan bulan ini hingga Disember.