896 mangsa banjir masih terjejas di Selangor

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 896 mangsa banjir masih terjejas di Selangor yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10.25 pagi Jumaat.

Menerusi kemas kini di laman sesawang Info Bencana JKM, mangsa terdiri daripada 249 lelaki dan 299 wanita, 61 warga emas, 322 kanak-kanak, lima orang kelainan upaya (OKU) dan 24 bayi.

Semua mangsa di PPS Dewan Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil telah kembali ke kediaman masing-masing.

PPS yang masih aktif ialah SMK Jeram (116), Dewan Sri Nakhoda (20), Dewan Simpang 5 (6), Dewan Masjid Kampung Johan Setia (169), Balai MPKK Kampung Jalan Kebun (22), Dewan Serbaguna MBSJ Camelia Seksyen 10 Putra Height (62) dan Masjid Putra Height (53).

Lokasi laindi Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (69), Dewan Orang Ramai Dengkil (63), Balai Raya Pekan Bangi Lama (23) dan Sekolah Rendah Agama Kampung Dato' Ahmad Razali (127) dan Balai Raya Kampung Batu 9 Kebun Baru, Jalan Merak (21).

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru (62), Tabika Perpaduan Bangi Permai (4), Dewan Hala Cara Baru Sungai Panjang (13), Balai Raya Blok AGH Sawah Sempadan (8) dan SK Kampung Baharu Lanjut (35) serta Dewan Orang Ramai Bukit Changgang (23).

Keseluruhan seramai 3,569 mangsa banjir ditempatkan di 56 pusat pemindahan sementara membabitkan 1,032 keluarga terjejas di lapan negeri iaitu Selangor, Sarawak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan dan Perak.

Untuk mengetahui perkembangan semasa, orang ramai boleh merujuk portal Info Bencana JKM di sini: http://infobencanajkmv2.jkm.gov.my

Artikel Berkaitan: