'Tolak pihak ada kaitan aktiviti jejas alam sekitar'

Zainurizzaman (kiri) bersama Rosli dalam sidang akhbar di Mentakab pada Khamis
Zainurizzaman (kiri) bersama Rosli dalam sidang akhbar di Mentakab pada Khamis
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebajikan Muafakat Sejagat mahu pengundi menolak mana-mana pihak yang ada kaitan dengan kemusnahan alam di daerah ini menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausahanya, Zainurizzaman Moharam berkata, penglibatan pihak terbabit perlu ditolak oleh pengundi sebagai satu referendum terhadap aktiviti yang menjejaskan kehidupan rakyat.

"Pada musim tengkujuh tahun lalu, saya telah datang dan melihat kesan banjir yang amat dasyat.

"Saya telah berjanji dengan penduduk setempat nak kenal pasti punca masalah banjir yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan hingga meragut nyawa tidak berdosa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Mentakab di sini pada Khamis.

Hadir sama ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang dari Pakatan Harapan, Rosli Ismail.

Dalam pada itu, beliau juga mendakwa banjir di daerah itu adalah antaranya berpunca daripada aktviti perhutanan sehingga dan menyebabkan penduduk daerah itu menanggung kesan akibat kegiatan tersebut.

"Jadi saya ingin menggesa individu-individu terlibat untuk menjawab segala apa yang saya dedahkan kerana ia melibatkan soal kepentingan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Ini bukan perkara main-main..saya percaya rakyat akan bangkit, mula sedar bahawa inilah individu yang patut ditolak," tambahnya.

Sementara itu, Rosli menyifatkan banjir yang dialami pada tahun lalu adalah terburuk dan terbesar berbanding tahun 1971 dan menjejaskan ramai rakyat di daerah Temerloh termasuk ahli keluarganya sendiri.