Jenazah Ustaz Deris selamat dikebumikan jam 3.20 petang

Adlina (kiri) menyiram pusara suaminya, Allahyarham Idris di Tanah Perkuburan Islam Barak dekat Benus, Bentong pada Ahad.
Adlina (kiri) menyiram pusara suaminya, Allahyarham Idris di Tanah Perkuburan Islam Barak dekat Benus, Bentong pada Ahad.
A
A
A

BENTONG - Cuaca baik mengiringi pengebumian jenazah Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, pegawai khas kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun di Tanah Perkuburan Islam Barak di Benus dekat sini pada Ahad.

Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Tengku Sulaiman Ketari pada jam 2 petang dan diimamkan sendiri oleh abangnya, Edzuan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak di Benus dekat sini jam 3.20 petang.

Selain keluarga Allahyarham dan orang ramai yang berada di tanah perkuburun tersebut, turut kelihatan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

Fadzli (dua dari kanan) yang turut membantu dalam proses pengebumian Allahyarham Idris di tanah perkuburan tersebut pada Ahad.
Fadzli (dua dari kanan) yang turut membantu dalam proses pengebumian Allahyarham Idris di tanah perkuburan tersebut pada Ahad.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Ustaz Deris dilahirkan pada 29 November 1982 mengambil cuti setahun tanpa gaji selaku pegawai penguat kuasa di Pejabat Agama Islam Daerah Raub selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Allahyarham Datuk Seri Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai.

Allahyarham adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, dalam insiden jam 2.40 petang pada Khamis lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adlina Aisyah Ahmad Rusli, 41 dan tiga orang anak masing-masing berusia 56 hari, 10 tahun serta 14 tahun.

Artikel Berkaitan: