Mangsa banjir meningkat di Selangor, Kelantan paling tinggi

Penduduk meredah banjir menggunakan motosikal ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
Penduduk meredah banjir menggunakan motosikal ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,619 di empat negeri iaitu Johor, Kelantan, Perak dan Selangor merekodkan peningkatan setakat jam 8 pagi pada Khamis.

Di Selangor, sebanyak 848 mangsa daripada 208 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di lima daerah.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, jumlah itu menyaksikan terdapat kenaikan berbanding 129 mangsa pada jam 8 malam, semalam.

Susulan kenaikan itu, Selangor telah membuka tiga PPS di daerah Hulu Langat, Sabak Bernam dan Petaling.

Di Johor pula menunjukan jumlah mangsa meningkat seramai dua orang di daerah Tangkak manakala Segamat dan Kluang tidak mencatat perubahan iaitu masing-masing 32 dan 53.

Kelantan masih mencatat negeri tertinggi merekodkan mangsa banjir iaitu 1,925 melibatkan tujuh PPS di daerah Pasir Mas.

Di Perak, berlaku peningkatan sebanyak 89 mangsa berbanding semalam.

Semuanya ditempatkan di tujuh PPS dengan penambahan satu kawasan iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Melaka mencatat penurunan iaitu 48 kepada 37 mangsa banjir.