Banjir: Enam keluarga terpaksa bina pondok, PPS sesak

Mohd Arif (kiri) bertanyakan khabar kepada mangsa banjir yang terpaksa membina pondok sendiri di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang.
Mohd Arif (kiri) bertanyakan khabar kepada mangsa banjir yang terpaksa membina pondok sendiri di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Enam keluarga di Kampung Putat Tujuh di sini terpaksa membina pondok sendiri apabila pusat pemindahan sementara (PPS) sesak.

Kesemua mereka ditemui oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika melakukan rondaan banjir di kawasan berkenaan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Jajahan Pasir Mas, Kapten Mohd Arif Mohd Zain berkata, perkara tersebut berlaku disebabkan PPS Putat Tujoh kini menempatkan seramai 168 mangsa banjir.

"PPS ini kecil dan hanya boleh memuatkan sekitar 20 buah khemah dalam satu masa.

"Sekarang ini terdapat 65 keluarga di PPS tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Antara pondok yang dibina sendiri oleh mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang.
Antara pondok yang dibina sendiri oleh mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh, Rantau Panjang.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu keadaan banjir di Rantau Panjang juga beransur baik apabila paras air Sungai Golok kini berada pada tahap amaran iaitu 8.63 meter.

Kata beliau, ia (air Sungai Golok) juga menunjukkan trend menurun.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini pada jam 12.55 tengah hari mangsa banjir mencatatkan pengurangan iaitu daripada 2,090 kepada 1,955 pada Rabu," katanya.