Atomy Malaysia miliki dua sijil halal

Perolehi dua pensijilan yang mematuhi piawaian produk, pengurusan patuh syariah, muamalat Islam dan akidah

A
A
A

No Image Caption

Syarikat Atomy Malaysia terbukti sebuah badan perniagaan yang patuh syariah bukan sekadar beroleh patuh syariah dalaman malahan berjaya secara rasminya memperoleh Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti; ISO 9001:2015 dan juga Sistem Pengurusan Kualiti Berdasarkan Syariah; MS 1900:2014 pada 15 September 2022.

Dengan kejayaan tersebut bermakna syarikat berkenaan mematuhi piawaian-piawaian yang termaktub dan patuh syariah bukan sahaja dari segi produk tetapi juga pengurusan dalaman, muamalat Islam dan akidah serta gelagat sosialnya.

Syarikat itu juga mengambil langkah jauh ke hadapan dengan menambah aspek pematuhan dan pemantauan syariah secara keseluruhan terhadap model perniagaan Atomy secara holistik.

Ahli Lembaga Penasihat Syariah, Atomy Malaysia, Profesor Emeritus Dato’ Paduka Dr Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid berkata, syarikat turut menjalankan satu kajian menyeluruh dan teliti selama dua belas bulan dengan berpandukan dua objektif utama.

"Pertama, bagi mengenal pasti selok- belok organisasi dan operasi Atomy Malaysia sama ada sebagai sebuah badan korporat yang tersendiri mahu pun kaitannya dengan badan induknya, Atomy Korea.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Kedua, untuk memberi nasihat yang tuntas kepada rakyat Malaysia beragama Islam di negara ini dengan berpandukan syariat Islam terutama tentang masalah ditimbulkan iaitu status patuh syariah badan perniagaan termasuk penglibatan syarikat dalam Gerakan Kristianisasi seperti mana yang pernah digembar-gemburkan.

"Dalam melaksanakan kajian itu, pihak lembaga telah berusaha sedaya upaya mendapatkan data yang jitu dan boleh dipertanggungjawabkan seperti mana dianjurkan oleh keperluan standard kajian ilmiah berhubung masalah 'halal-haram' bagi umat Islam," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang dikatakan dimuat naik oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-120 yang bersidang pada 25 Januari lalu berhubung pandangan hukum berurus niaga bersama Syarikat Atomy menurut muamalat dan akidah.

DR MAHMOOD ZUHDI
DR MAHMOOD ZUHDI

Tambah Mahmood Zuhdi, berbangkit daripada kritikan hampir serupa oleh kumpulan yang sama tidak lama sebelum itu, satu lembaga syariah telah ditubuhkan pada 22 Jun 2021.

Pada masa yang sama, lembaga ini juga bertindak sebagai Pasukan Pematuhan ISO & Shariah bagi tujuan pensijilan yang berkaitan.

"Syarikat telah berkongsi hasil kajian yang telah dibuat dalam bentuk pensijilan patuh syariah yang diperolehi dari semua pihak berkaitan iaitu Pejabat Mufti di seluruh Malaysia termasuk pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

No Image Caption

"Tindakan itu dibuat bagi menunjukkan penghormatan syarikat terhadap badan-badan yang menjadi rujukan umat Islam di negara ini," ujarnya.

Menjelaskan mengenai kajian secara terperinci, Mahmood Zuhdi berkata, ia mengambil kira semua aspek bermula dari status halal produk, pengendalian operasi, pengurusan pembekal, pengurusan pelanggan dan sebagainya.

Jelasnya, pengurusan kewangan syarikat termasuk akaun perbankan yang terlibat dan transaksi di Malaysia mahupun di Korea turut diberi perhatian.

"Kajian itu juga meliputi hal-hal kaitan dengan badan-badan luar bagi memastikan sama ada Atomy Malaysia terlibat secara langsung dengan Gerakan Kristianisasi atau usaha memesongkan akidah umat Islam di negara ini seperti mana pernah tular sebelum ini.

"Kemudian data- data tersebut telah dianalisis berpandukan pandangan ulama Islam dari pelbagai generasi meliputi bidang seperti Fiqh, Usul Fiqh, Maqasid Syariah dan Siasah Syariah dengan mengambil kira realiti perubahan zaman seperti mana yang dianjurkan oleh tradisi kajian Syariah Islam yang bertahap tinggi," jelasnya.

Patuhi standard syariah

No Image Caption



Selain itu katanya, bagi menghormati standard biasa yang diguna pakai berhubung hukum syariah, perbincangan secara terhad telah dibuat dengan banyak pihak.

"Antara yang terlibat adalah pihak birokrasi pentadbiran syariat Islam dan penerapan standard Malaysia dan antarabangsa yang berkaitan dengan perkara-perkara halal, muamalat Islam dan akidah umat Islam.

"Semuanya dilakukan dengan mengambil kira kombinasi antara idealisme syariah yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah serta realiti hidup berpandukan bimbingan yang diperolehi daripada para 'Masyaikh' seperti Sallam Madkur, Yusuf Musa, Muhammad Abu Zahrah dan al-Qaradhawi yang melihat syariat Islam dari perspektif dinamisme.

“Ia boleh disifatkan sebagai sebuah syariah yang bersifat komprehensif dan universal," jelasnya.

Bagi meraikan orang ramai, syarikat Atomy Malaysia mengalu- alukan semua pihak baik individu mahupun secara berkumpulan yang ingin mengetahui dan mengenali syarikat dengan lebih mendalam, supaya berhubung dengan Pejabat Atomy Malaysia yang terletak di Jalan Puncak Off Jalan P Ramlee.

No Image Caption