Selipar Steve Jobs dilelong hampir RM1 juta

Sepasang selipar milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dilelong pada harga hampir RM1 juta. - Foto Getty Images/Julien's Auctions
Sepasang selipar milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs dilelong pada harga hampir RM1 juta. - Foto Getty Images/Julien's Auctions
A
A
A

LOS ANGELES - Sepasang selipar Birkenstock terpakai milik pengasas bersama syarikat Apple, Steve Jobs yang mempopularkan idea eksekutif teknologi memakai pakaian yang sama dalam penampilan awam telah dilelong hampir AS$200,000 (RM998,250) oleh sebuah firma lelongan berpangkalan di California, Amerika Syarikat pada Ahad.

Firma Julien's yang mengendalikan lelongan itu menjangkakan selipar tersebut akan dilelong antara AS$60,000 (RM272,250) dan AS$80,000 (RM363,000).

Bagaimanapun, pembelinya tidak didedahkan.

Selipar kotor itu dipakai oleh Jobs pada tahun 1970-an dan 1980-an dan diselamatkan daripada menjadi sampah oleh Mark Sheff yang menguruskan salah satu hartanah ahli teknologi itu di Albany, California, pada tahun 1980-an.