MR D.I.Y. diiktiraf sebagai stor DIY kegemaran di Asia Tenggara

Eksekutif Naib Presiden MR D.I.Y Thailand, Vivian Sun (kiri) mewakili jenama itu menerima anugerah daripada Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles di Kensington Palace, London.
Eksekutif Naib Presiden MR D.I.Y Thailand, Vivian Sun (kiri) mewakili jenama itu menerima anugerah daripada Pengerusi Forum Penjenamaan Dunia, Richard Rowles di Kensington Palace, London.
A
A
A

MR D.I.Y. telah diiktiraf sebagai stor ‘do-it-yourself’ (DIY) kegemaran di Asia Tenggara dan membawa pulang Anugerah Serantau untuk ‘Jenama Peruncitan Perkakas Rumah Terbaik’ di empat pasaran iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, dan Filipina.

Anugerah itu diterima dalam satu majlis yang berlangsung di Kensington Palace, London, pada 3 November lepas.

Ia merupakan 'World Branding Award' yang kelima dimenangi oleh peruncit dan Anugerah Serantau yang kedua buatnya.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, 'World Branding Awards' mengiktiraf jenama-jenama terbaik di dunia atas usaha dan pencapaian mereka berdasarkan penilaian jenama, keputusan kajian pasaran pengguna, dan undian awam dalam talian.

“Anugerah seperti ini terutamanya yang melibatkan maklum balas orang ramai penting kerana ia memberi indikasi bahawa pelanggan masih percaya dengan janji ‘Always Low Prices’ kami yang relevan untuk kehidupan seharian mereka.

“Dianugerahkan Anugerah Serantau sekali lagi, dan diiktiraf sebagai jenama ‘Peruncit Perkakas Rumah Terbaik’ dalam empat pasaran, amat mengujakan kami. Kepada para pelanggan ribuan terima kasih kami ucapkan atas kesetiaan anda kerana andalah yang telah memacu pertumbuhan kami dan membolehkan kami membawa jenama MR D.I.Y. ke pasaran- pasaran baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Alex Goh berkata, MR D.I.Y. telah jauh melangkah sejak pertama kali dibuka pada tahun 2005 sebagai sebuah kedai perkakas rumah tradisional, kini mempunyai 2,300 cawangan di seluruh rantau, disokong oleh lebih 33,000 kakitangan di Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Turki, dan Sepanyol.

Artikel Berkaitan: