Dapur, bilik tidur rumah banglo rosak dihempap tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh di sebuah rumah di Taman Taman Halaman di sini pada Selasa.
Kejadian tanah runtuh di sebuah rumah di Taman Taman Halaman di sini pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Bahagian dapur dan bilik tidur sebuah rumah banglo di Taman Halaman di sini, rosak dalam kejadian tanah runtuh awal pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan jam 2.26 pagi.



Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati tanah dan batuan dari cerun bukit menimpa dan merobohkan dinding dapur rumah mangsa di tingkat satu dan bilik tidur tingkat dua.

"Anggaran luas runtuhan tanah di bahagian belakang rumah kira-kira 35 x 20 kaki persegi namun kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa semua tingkat dan bilik bagi memastikan semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun keluar dengan selamat dari kawasan kejadian.

"Kita juga telah membuat pemeriksaan pergerakan tanah dan memasang sawar-sawar di kawasan tanah runtuh. Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya akan menjalankan tindakan seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan: