Tiga kereta rosak dihempap pokok

Salah sebuah kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok tumbang di Equine Park pada Rabu.
Salah sebuah kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok tumbang di Equine Park pada Rabu.
A
A
A

SERDANG - Tiga kereta rosak selepas dihempap dua pokok yang tumbang susulan hujan lebat di Equine Park di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 5.20 petang.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

"Sejurus tiba di lokasi, kita mendapati dua pokok anggaran ketinggian 15 meter menghempap tiga kereta yang diletakkan di kawasan parkir," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong pokok tumbang terbabit dan dialihkan ke tempat selamat.