Pusat beli belah gempar dapur restoran terbakar

Kebakaran berjaya dipadam pada jam 1.20 petang. - Foto JBPM Kuala Lumpur
Kebakaran berjaya dipadam pada jam 1.20 petang. - Foto JBPM Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengunjung Pusat Beli Belah Nexus Bangsar South, Bangsar dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di sebuah lot restoran di sini pada Isnin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebuah jentera dan 10 anggota dari Balai Bomba Pantai dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan 999 pada jam 12.49 tengah hari.

"Setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah restoran di bahagian dapur.

"Operasi pemadaman menggunakan teknik 'offensive' dan 'defensive' untuk memadam kebakaran daripada merebak," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Keadaan kotak pendawaian di dalam restoran terbabit. Foto JBPM Kuala Lumpur.
Keadaan kotak pendawaian di dalam restoran terbabit. Foto JBPM Kuala Lumpur.

PGO Kuala Lumpur memaklumkan, keluasan kebakaran melibatkan kawasan seluas 0.92 meter persegi X 0.92 meter persegi berjaya dipadamkan pada jam 1.20 petang.

"Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: