Penunggang motosikal patah kaki dalam kejadian langgar lari

Lokasi kejadian langgar lari berlaku di KM 15, Lebuhraya Cheras-Kajang (kiri) dan keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan, Sabtu lalu. - Foto PDRM
Lokasi kejadian langgar lari berlaku di KM 15, Lebuhraya Cheras-Kajang (kiri) dan keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan, Sabtu lalu. - Foto PDRM
A
A
A

KAJANG - Seorang penunggang motosikal patah kaki dalam kejadian langgar lari di Kilometer (KM) 15,Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga), di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dari Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke tempat kerja di Sungai Long, Cheras dilanggar sebuah kereta sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam.

"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 sedang meneruskan perjalanan di lorong kiri tiba-tiba datang sebuah kereta (nombor pendaftaran tidak pasti) dari arah belakang.

"Kereta terbabit terus melanggar bahagian belakang motosikal mangsa dan terus melarikan diri," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Zaid berkata, mangsa yang berusia 35 tahun mengalami patah kaki kanan telah dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Katanya, usaha mengesan pemandu kereta terbabit sedang dijalankan dan siasatan akan dijadikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat termasuk rakaman 'dashcam' berkaitan boleh menghubungi balai polis berdekatan di Kajang atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 0182586153," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: