'Kami tidak layan tuduhan budak kecil' - Rafizi

Rafizi
Rafizi
A
A
A

PETALING JAYA - Dakwaan mengaitkan bekas Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua dengan satu perolehan projek dari sebuah syarikat platform Tabung Haji, THiJARI ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah adalah fitnah.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, Tony tiada kena mengena dengan syarikat Cyber Village yang didakwa memperoleh tender itu kerana telah menjual semua asetnya dalam syarikat itu sejak 2006.

Kata Rafizi lagi, beliau juga tidak tahu latar belakang syarikat itu dan kaitannya dengan sebuah lagi syarikat yang menguruskan sistem perbankan iaitu Silverlake.

Silverlake adalah adalah syarikat Malaysia paling berjaya dalam sistem perbankan. Mereka mempunyai pelanggan di seluruh Malaysia dan negara lain.

"Saya tidak tahu sama ada Cyber Village ini telah dibeli oleh Silverlake atau tidak. Apapun Tabung Haji yang kena jawab isu ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Isnin.

Dakwanya lagi, isu berkenaan adalah serangan dari pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mahu meneruskan propaganda bahawa PH merosakkan Tabung Haji.

"Isu ini adalah perkara yang lawak. Kami tiada masa mahu jawab tuduhan budak kecil. Ini masalah budak yang terlebih makan garam.

"Jika betul ada yang tidak betul, pihak ini perlu buat laporan. Saya tiada apa-apa kepentingan dengan Silverlake," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat lalu tular pendedahan mengenai platform Tabung Haji, THiJARI diuruskan oleh syarikat bukan bumiputera di laman sosial.

Pembangunan platform tersebut yang dibuat oleh syarikat bukan bumiputera menimbulkan persoalan kerana tiada seorang pun pemegang sahamnya adalah dari orang bukan Islam.