11 kawasan dinaiki air sekitar Meru catat penurunan

Pemantauan tetap dijalankn di kawasan-kawasan terlibat banjir di Meru biarpun aras air mencatatkan penurunan pada Sabtu.
Pemantauan tetap dijalankn di kawasan-kawasan terlibat banjir di Meru biarpun aras air mencatatkan penurunan pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Aras air melibatkan 11 kawasan yang dilanda banjir sejak Khamis lalu di Meru telah menunjukkan trend penurunan pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Nor berkata, menerusi pemantauan yang dijalankan pihaknya mendapati kebanyakan kawasan yang dinaiki air telah mulai surut.

"Antara kawasan terlibat adalah Taman Daya, Taman Seri Puteri, Taman Meru Indah, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Jabar, Jalan Khamis, Jalan cempaka, Taman Dato Bandar, Jalan Kasban, Jalan Rambutan dan Taman Meru Utama.

"Pemantauan dijalankan mendapati sebilangan besar kawasan yang terlibat banjir telah mulai surut dan kita harapkan keadaan ini kekal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjalankan pemantauan di sekitar kawasan Meru di sini pada Sabtu.

Katanya, pemantauan bagaimanapun tetap dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk.

"Biarpun trend air dilihat semakin menurun namun pemantauan tetap dijalankan memandangkan cuaca yang masih lagi hujan.

"Ada penduduk yang mungkin berdepan halangan untuk ke pusat pemindahan sementara, jadi dengan rondaan ini kita akan bantu penduduk yang mahu berpindah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, masyarakat diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca semasa.

Pemantauan tetap dijalankn di kawasan-kawasan terlibat banjir di Meru biarpun aras air mencatatkan penurunan pada Sabtu.
Pemantauan tetap dijalankn di kawasan-kawasan terlibat banjir di Meru biarpun aras air mencatatkan penurunan pada Sabtu.

"Biarpun banyak kawasan yang semakin surut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca, dan sekiranya mendapati risiko untuk banjir kembali berlaku, maka segera berpindah.

"Penduduk di kawasan-kawasan terlibat diingatkan untuk mematuhi nasihat pasukan keselamatan dan bersiap siaga dari semasa ke semasa," katanya.

Pada Sabtu, seramai 221 penduduk dipindahkan ekoran banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini menjadikan jumlah mangsa yang terlibat seramai 719 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Norazam Khamis berkata, pemindahan terkini itu melibatkan empat lokasi bagi kawasan Meru.

"Pemindahan seramai 221 penduduk melibatkan empat lokasi iaitu Sekolah Kebangsaan Binjai(170), Meru Indah(lima), Sekolah Rendah Agama(SRA) Meru(19) dan Rantau Panjang(27).

"Setakat ini jumlah keseluruhan mangsa terlibat yang ditempatkan di tujuh lokasi pusat pemindahan sementara(PPS) yang dibuka antaranya Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru(628), Sekolah Rendah Agama(SRA) Meru(19), Masjid Al-Falah(41), Dewan Orang Ramai Meru(4),Sekolah Kebangsaan(SK) Sungai Sireh (dalam bancian) dan Dewan Rantau Panjang(27)," katanya.


Penduduk buntu, tertekan alami kerugian akibat banjir

Penduduk Taman Seri Puteri, Meru mengakui buntu dan tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kerugian akibat kerosakan harta benda.

Menurut mereka, saban tahun situasi sama berulang ekoran kawasan tersebut kerap dilanda banjir.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan perumahan itu mendapati, rata -rata penduduk menganggarkan kerugian antara RM6,000 hingga RM 10,000 bergantung kepada kerosakan setiap kali banjir berlaku.

Mereka memberitahu sudah letih menghadapi situasi tersebut memandangkan banjir bukan hanya berlaku setahun sekali namun dua atau tiga kali pasti kawasan itu dipenuhi air dan merosakkan harta benda mereka.

Jumlah kerugian itu perlu ditanggung penduduk selepas rumah mereka ditenggelami air paras lutut sekaligus mengakibatkan kerosakan pada barangan kelengkapan rumah seperti perabot dan barangan elektrik.

Meskipun terbiasa dengan bencana banjir, penduduk mengharapkan bantuan pihak- pihak tertentu agar mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.

Penduduk mendakwa banjir yang berkemungkinan besar disebabkan oleh pembinaan di takungan air Alam Budiman.

Ramlan Hassan, 65 memberitahu, kerajaan sepatutnya menilai setiap pembangunan yang diluluskan sama ada sesuai atau tidak kerana ia akan memberi kesan kepada penduduk setempat dan alam sekitar.

"Punca banjir ini mungkin akibat daripada pembinaan di kawasan takungan air Alam Budiman. Air akan melimpah keluar sekiranya hujan lebat berlaku walaupun beberapa jam sahaja.

" Oleh itu, diharapkan pihak yang berkenaan dapat meneliti cara dan mengambil tindakan agar masalah ini dapat diselesaikan," ujarnya.

Sementara itu, seorang peniaga, Jamali bin juraini, 56 mendedahkan, beliau terpaksa menanggung kerugian lebih RM 6,000 kerana terpaksa menutup kedai.

"Setiap hari saya mampu memperoleh lebih RM 2,000 jika kedai dibuka. Sekarang saya tidak berani berniaga risau jika hujan lebat air akan kembali naik," katanya.

No Image Caption

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!