Empat sungai berada di paras bahaya

Empat sungai masing-masing terletak di Pahang, Perlis, Sarawak dan Selangor berada pada paras bahaya, setakat jam 8 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Empat sungai masing-masing terletak di Pahang, Perlis, Sarawak dan Selangor berada pada paras bahaya, setakat jam 8 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Empat sungai masing-masing terletak di Pahang, Perlis, Sarawak dan Selangor berada pada paras bahaya, setakat jam 8 pagi Jumaat.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam satu kenyataan berkata, ia membabitkan lokasi di Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Sungai Rompin di Pahang dan Bukit Tok Poh, Sungai Perlis, di Kangar, Perlis.

Tiga lagi lokasi yang direkodkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berada pada paras bahaya adalah di Longjegan Baram Miri di Sarawak dan Sungai Langat di Stesen RS Batu 8 Kuala Langat serta Pekan Meru Sungai Klang di Selangor.

Dalam pada itu, Sungai Muar Tangkak dan Sungai Batu Pahat, Batu Pahat di Johor serta Batang Rajang Mukah, Batang Krian Betong dan Batang Suai Miri di Sarawak direkodkan berada pada paras waspada.

Turut berada di paras waspada ialah beberapa lokasi di Sungai Padas, Tenom di Sabah dan Sungai Kapar Besar Petaling, Sungai Selangor di Kuala Selangor dan Sungai Langat di Kuala Langat, Selangor.

Dalam pada itu, Nadma memaklumkan sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara ketika ini dengan tiga daripadanya masing-masing di Selangor dan Johor serta satu di Kelantan.

Jumlah mangsa yang terlibat ialah 658 orang terdiri daripada 158 keluarga.

Artikel Berkaitan: