PRU15: Polis Terengganu terima dua laporan

Polis Terengganu menerima dua laporan polis sepanjang tempoh lima hari kempen PRU15 diadakan bermula 5 November lalu.
Polis Terengganu menerima dua laporan polis sepanjang tempoh lima hari kempen PRU15 diadakan bermula 5 November lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menerima dua laporan polis sepanjang tempoh lima hari kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan bermula 5 November lalu.

Ketua Urusetia PRU15 Polis Kontinjen Terengganu, Superintendan Mohd Aluwi Husain berkata, laporan polis pertama diterima pada jam 4.40 petang, 7 November lalu di Balai Polis Chukai, Kemaman.

Menurutnya, laporan tersebut melibatkan aduan mengenai satu banner yang menghina calon BN dan kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

“Laporan kedua diterima pada Selasa di Balai Polis Bukit Payong, Marang melibatkan kes bendera parti yang dipasang di tepi jalan telah dicabut dan diletakkan di sebuah wakaf berhampiran, namun tiada tindakan lanjut diambil bagi kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mohd Aluwi berkata, sepanjang tempoh tersebut, polis Terengganu telah menerima 128 permohonan ceramah dari tiga parti iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dan semua telah diluluskan.

“Polis akan terus memantau aktiviti kempen calon dan parti bertanding dalam PRU15, ini termasuklah tindakan proaktif yang dijalankan di setiap daerah dengan menyasarkan lawatan ke markas parti bertanding.

“Kita harap situasi ini akan terus dikekalkan sehingga selesai hari mengundi pada 19 November nanti,” katanya.

Artikel Berkaitan: