Bomba selamatkan lapan mangsa banjir

Pasukan bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Johan Setia di sini pada Rabu.
Pasukan bomba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Johan Setia di sini pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Anggota bomba menyelamatkan lapan mangsa banjir di Kampung Johan Setia, di sini apabila rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang dan BBP Andalas bergegas ke lokasi seleps menerima panggilan jam 5.49 petang.

Mengikut laporan awal kedalaman air kira-kira 0.6 meter.

"Pasukan Bomba Sukarela telah menyelamatkan lima mangsa dan tiga mangsa lagi merupakan warga emas diselamatkan oleh pasukan bomba," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Keadaan banjir di Kampung Johan Setia di sini pada Rabu.
Keadaan banjir di Kampung Johan Setia di sini pada Rabu.

Beliau berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia.

"Kita sedang mendapatkan butiran mangsa manakala pemeriksaan di kawasan terlibat masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan: