Covid-19: 3,781 kes baharu, sembilan kematian

Malaysia merekodkan 2,611 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan tujuh daripadanya kes import. - Foto hiasan
Malaysia merekodkan 2,611 kes baharu Covid-19 pada Sabtu dengan tujuh daripadanya kes import. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,781 kes baharu Covid-19 direkodkan di dalam negara pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan semalan dengan tiga daripadanya merupakan kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu di dalam negara meningkat kepada 36,504 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 ketika ini adalah sebanyak 35,457 kes, dengan 33,706 atau 95.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,676 lagi pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dan 75 pesakit wabak itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 28 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 47 lagi memerlukan mesin ventilator.

Sebanyak 2,979 kes sembuh direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh Covid-19 dalam negara kepada 4,861,792 kes.

Artikel Berkaitan: