16 stesen LRT tidak beroperasi sehingga 15 November

Sebanyak 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan. - Foto 123RF
Sebanyak 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 stesen transit aliran ringan (LRT) dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula Rabu hingga 15 November depan.

Rapid KL memaklumkan, stesen terlibat adalah Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi dan Bangsar.

Menurutnya, turut tidak beroperasi Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.

Senarai LRT yang tidak berfungsi bermula Rabu hingga 15 November dan bas perantara yang disediakan sepanjang tempoh gangguan operasi.
Senarai LRT yang tidak berfungsi bermula Rabu hingga 15 November dan bas perantara yang disediakan sepanjang tempoh gangguan operasi.

Ujar kenyataan itu, bas perantara percuma disediakan bagi mengurangkan kesesakan di Stesen LRT Kelana Jaya.

"Bas disediakan dari Stesen LRT Ara Damansara - Stesen Pasar Seni; Stesen Ara Damansara - Stesen Kelana Jaya; Stesen Kelana Jaya - Stesen Pasar Seni; Stesen Pasar Seni - Stesen Masjid Jamek dan Stesen Masjid Jamek ke Stesen LRT Damai," menurut kemas kini di Facebook pada Rabu.

Dalam kemas kini sama, Rapid KL turut memaklumkan sebanyak 22 LRT laluan Kelana Jaya akan ditamatkan operasi awal pada tempoh sama.

"Stesen itu adalah Gombak, Taman Melati, Wangsa Maju, Sri Rampai, Setiawangsa, Jelatek, Dato Keramat, Damai, Lembah Subang, Ara Damansara, Glenmarie, Subang Jaya dan SS15, SS18, US7, Taipan, Wawasan, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights.

Artikel Berkaitan:

"Stesen LRT ini akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 11 malam sahaja," ujar kenyataan itu.

Pada Selasa, Rapid KL memberitahu, LRT Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan disebabkan masalah Sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) yang tidak stabil yang telah mengganggu keseluruhan jadual perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.