Sila log masuk terlebih dahulu.

Abang sado baju merah dipenjara tujuh hari

A
A
A

BERITA SEMASA 9 JUN 2023

Seorang penyelia kilang dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Tapah, Perak pada Jumaat, atas pertuduhan mengugut dan mencederakan seorang pemandu wanita hingga video kejadian itu tular di media sosial, Isnin lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Majistret Siti Hanum Mohmad Sah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Zaim Faiz Tarmizi selepas dia mengaku salah sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan dengan kata ugutan 'pecah muka kau sat lagi' di Lata Iskandar Kilometer 22, Jalan Tapah - Cameron Highlands sekitar jam 5.33 petang pada 5 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap individu sama di lokasi dan tarikh sama.

Artikel: https://go.sinar.la/3WZgEll

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian