Enam sungai berada paras bahaya

Gambar hiasan -Foto 123 RF
Gambar hiasan -Foto 123 RF
A
A
A

SHAH ALAM - Enam sungai melibatkan beberapa kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada paras bahaya setakat jam 8 malam pada Selasa berikutan hujan berterusan.

Sungai yang merekodkan melebihi paras bahaya ialah Sungai Pulai dan Sungai Muar di Johor, Sungai Melaka di Alor Gajah, Melaka serta Sungai Perlis di Kangar, Perlis.

Selain itu, turut berada di paras bahaya ialah Sungai Batang Trusan di Sundar, Limbang, Sarawak dan Sungai Klang, Selangor.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/melaporkan melaporkan tiga daripada semua sungai terbabit menunjukkan trend menaik manakala satu lagi menurun dan satu tidak berubah.

Artikel Berkaitan: