Bomba Selangor laksana 92 pemantauan banjir

Bomba berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri yang terperangkap di dusun mereka di Sungai Semungkis, Hulu Langat akibat banjir selepas hujan lebat pada petang Selasa. -Foto: Bomba Selangor
Bomba berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri yang terperangkap di dusun mereka di Sungai Semungkis, Hulu Langat akibat banjir selepas hujan lebat pada petang Selasa. -Foto: Bomba Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menjalankan 92 pemantauan banjir kilat di negeri itu selepas hujan lebat melanda pada petang Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, penugasan itu membabitkan 259 keanggotaan selain sembilan aset, bot serta 28 jentera.

"Sebanyak 37 Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam pemantauan ini.

"Antara balai yang terlibat adalah BBP Shah Alam, BBP KLIA, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Sungai Buloh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, antara operasi menyelamat yang dijalankan adalah di Felcra Sungai Semungkis, Hulu Langat di mana terdapat sepasang suami isteri berusia lingkungan 60-an yang terkandas akibat banjir kilat.

Antara lokasi terjejas akibat banjir kilat di sekitar Shah Alam, Selangor pada Selasa. - Foto: Bomba Selangor
Antara lokasi terjejas akibat banjir kilat di sekitar Shah Alam, Selangor pada Selasa. - Foto: Bomba Selangor

Katanya, pemantauan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 24 dan Bukit Naga, Shah Alam mendapati tiada risiko banjir di mana jalan yang dinaiki air akibat longkang tersumbat.

"Selain itu, pemantauan di Kampung Paya Jaras, Kampung Merbau Sempak dan Jalan Kampung Melayu turut berlaku kenaikan paras air sungai, namun masih terkawal," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, setakat ini semua keadaan adalah terkawal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, elemen trafik, balai dan anggota ronda telah membuat pemantauan di sekitar daerah ini.