PH terima lima laporan bahan kempen dirosakkan

Fahmi
Fahmi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menerima lima laporan berkenaan bahan kempen calon yang dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil.

Antara kawasan terlibat ialah Permatang Pauh, Putrajaya, Gopeng, Bagan Serai dan Segambut.

“Di Segambut, papan iklan besar Hana Yeoh telah ditoreh, Permatang Pauh gegantung yang ada gambar Nurul Izzah dipotong manakala di Gopeng papan iklan besar juga telah dikerat,” katanya pada sidang akhbar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinci di sini pada Selasa.

Beliau yang juga calon Parlimen Lembah Pantai berkata, laporan polis telah dibuat dan berharap tindakan segera dapat diambil bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab dapat dikesan serta dikenakan tindakan.

Hendak bertanding biarlah adil, berikanlah peluang untuk semua calon menyampaikan pandangan masing-masing melalui berkempen.

“Semua calon telah bayar deposit dan berhak untuk meletakkan bahan-bahan kempen termasuk bendera, poster, gegantung dan papan iklan besar. Jadi janganlah dengki sangat,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya insiden merosakkan bahan kempen melibatkan calon PH berlaku di kawasan lain, pihaknya menyarankan agar laporan polis dibuat segera.

Artikel Berkaitan: