'Nik Aziz pesan jangan beri tongkat kepada UMNO, BN' - Amanah Wilayah Persekutuan

Hayatul kamil ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.
Hayatul kamil ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pesanan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya tidak memberikan tongkat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu dijadikan peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menentukan hala tuju kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan, Hayatul Kamil Termudi berkata, PH perlu mengambil tindakan terhadap BN dan tidak terus memberikan sokongan kepada gabungan itu sekiranya mahu memastikan gabungan berkenaan kekal kuat pada pilihan raya akan datang.

"Kalau BN terus berada dalam kerajaan, tongkat yang kita beri kepada mereka akan digunakan untuk memukul PH.

"Tetapi kalau kita mengambil tindakan sekarang, walaupun tongkat kita telah beri dahulu kepada BN, kita dapat ambil balik tongkat itu dan gunakan tongkat itu untuk memukul BN," katanya ketika membahaskan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2026 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada Sabtu.

Jelas Hayatul Kamil, pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 membolehkan negara ditadbir oleh gabungan parti daripada pelbagai kaum, sekali gus menamatkan keadaan Parlimen tergantung.

Menurutnya, kerjasama itu juga membolehkan pelbagai usaha berkaitan ekonomi dan kebajikan rakyat dilaksanakan, namun keadaan politik mula terjejas selepas BN didakwa mengambil tindakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.

Dalam pada itu, Hayatul Kamil turut mendakwa BN berpaling tadah dengan memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau menggesa rundingan pembahagian kerusi Parlimen PH disegerakan bagi membolehkan persiapan menghadapi pilihan raya dibuat lebih awal.

"BN dan Pas sudah menunjukkan gabungan dan mereka yakin akan menang PRU16, tetapi kita masih ada masa untuk menghadapi mereka.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, segerakan rundingan kerusi Parlimen yang akan ditandingi Pakatan Harapan supaya kita boleh bersiap sedia sejak awal serta memuktamadkan pembahagian kerusi yang akan ditandingi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!