Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

NILAI ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini. Foto hiasan
NILAI ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini. Foto hiasan
A
A
A

NILAI ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini disokong oleh sentimen positif mengenai kemungkinan pembukaan semula sempadan China dan pergerakan rancak ekuiti negara itu, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.7350/7390 daripada penutupan urus niaga hari Isnin 4.7385/7420.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, sentimen positif itu boleh mendorong ringgit untuk melonjak lebih tinggi memandangkan hubungan perdagangan Malaysia yang rapat dengan China.

"Walaupun ia (pembukaan semula China) lebih kepada manipulasi berbanding realiti, pelabur boleh mula menambah lebih banyak risiko tempatan pada pegagan mereka dan meluaskan pengambilan risiko masing-masing.

"Bagaimanapun, menjelang pilihan raya umum tempatan, saya menjangkakan permintaan luaran terhadap ringgit kekal lesu," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.3807/3840 daripada 3.3731/3761 pada penutup Isnin dan lemah berbanding yen Jepun pada 3.2319/2348 daripada 3.2303/2329 sebelumnya.

Mata wang tempatan turut turun berbanding euro kepada 4.7468/7508 daripada 4.7323/7358 semalam dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4599/4645 daripada 5.4227/4267. - Bernama

Artikel Berkaitan: