Pemuda maut motosikal rempuh kerbau

Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa remuk selepas merempuh seekor kerbau.
Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa remuk selepas merempuh seekor kerbau.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor kerbau di Kilometer 18.2 Jalan Melawi-Kuala Besut berhampiran Kampung Pachakan di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Danish Ikman Hazly, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Pachakan menghala ke Tok Bali.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa telah merempuh seekor kerbau yang berada di atas jalan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa telah terbabas dan maut di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: