Sindiket eksploitasi seks didalangi warga Thailand tumpas

Acryl Sani (kanan) bersama Surachate Hakparn (kiri) ketika sidang akhbar tangkapan dan penyerahan tiga orang dikehendaki daripada PDRM kepada RTP di Balai Pelepasan/Ketibaan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pada Isnin.
Acryl Sani (kanan) bersama Surachate Hakparn (kiri) ketika sidang akhbar tangkapan dan penyerahan tiga orang dikehendaki daripada PDRM kepada RTP di Balai Pelepasan/Ketibaan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pada Isnin.
A
A
A

SUBANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks menerusi beberapa siri serbuan, pada Oktober lalu.

Sindiket yang didalangi warga Thailand itu dipercayai bergerak aktif di negara ini menerusi tangkapan lima individu warga asing di sekitar kawasan Lembah Klang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kesemua tangkapan itu dijalankan berdasarkan maklumat daripada Polis Diraja Thailand (RTP).

Menerusi serbuan yang dijalankan, kita berjaya menahan dua lelaki warga Indonesia dan menyelamatkan dua wanita warga Indonesia serta dua wanita warga Thailand.

"Kesemua mangsa ini ditempatkan di rumah perlindungan di bawah arahan perlindungan sementara (IPO)," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar tangkapan dan penyerahan tiga orang dikehendaki daripada PDRM kepada RTP di Balai Pelepasan/Ketibaan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, di sini pada Isnin.

Kesemua tangkapan dibawa menggunakan pesawat RTP di Lapangan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pada Isnin.
Kesemua tangkapan dibawa menggunakan pesawat RTP di Lapangan Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pada Isnin.

Turut hadir, Timbalan Ketua RTP, Deputi Komissioner Jeneral Surachate Hakparn.

Artikel Berkaitan:

Kata beliau, siasatan lanjut berdasarkan serbuan pertama berjaya membawa kepada serbuan berikutnya pada 29 Oktober.

"Dalam serbuan itu, kita menahan tiga wanita warga Thailand berumur lingkungan 30 hingga 39 tahun dipercayai berperanan sebagai ejen merekrut wanita tempatan untuk eksploitasi seks," katanya.

Menurut Acryl Sani, PDRM sentiasa menjalankan kerjasama dengan RTP dalam menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia.

"Kesemua suspek warga Thailand ini diserahkan kepada RTP bagi tindakan perundangan di negara tersebut.

"Kerjasama dengan RTP juga turut melibatkan isu keselamatan sempadan antara negara," katanya.