Bank Rakyat terbit Sukuk Wakalah Senior bernilai RM500 juta

Bank Rakyat menerbitkan Sukuk Wakalah Senior bernilai RM500 juta.
Bank Rakyat menerbitkan Sukuk Wakalah Senior bernilai RM500 juta.
A
A
A

BANK Rakyat menerbitkan RM500 juta Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, terbitan itu dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 27 Oktober 2022 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.

“Terbitan tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu RM200 juta untuk tempoh tiga tahun, RM200 juta untuk tempoh lima tahun dan RM100 juta untuk tempoh tujuh tahun.

Bank Rakyat juga berjaya mengumpul permintaan yang menggalakkan bagi Sukuk Wakalah Senior dengan bidaan sebanyak 2.58 kali daripada jumlah terbitan sebenar,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, hasil terkumpul daripada terbitan Sukuk Wakalah Senior berkenaan akan dimanfaatkan Bank Rakyat bagi tujuan patuh syariah termasuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal, pelaburan umum, menyediakan pembiayaan dan tujuan korporat am.

Bank Muamalat Malaysia Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad telah dilantik sebagai pengurus utama bersama bagi terbitan program Sukuk Wakalah tersebut.

Artikel Berkaitan: