Tuah pelajar UniSZA dapat tiket Tony ke Makkah, bawa ibu bapa

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeluk pelajar jurusan Diploma Pengajian Islam (Dakwah) Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, yang dihadiahkan tiga tiket penerbangan bagi menunaikan ibadah umrah pada ‘Executive Talk Air Asia: From Zero to Hero’ di UniSZA hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA NERUS - Seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) menerima kejutan istimewa daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini.

Muhammad Rifqi Saipul Nizam, 18, dihadiahkan tiket penerbangan ke tanah suci Makkah bersama kedua ibu bapanya.

Memetik laporan Utusan Online, kebaikan dan keikhlasan pelajar Diploma Pengajian Islam (Dakwah) itu mendapat perhatian Tony dalam program ‘Executive Talk’ di Unisza.

Akui terkejut dengan hadiah yang tidak disangka itu, Rifqi memberitahu sejak kecil dia sudah memasang impian untuk ke tanah suci.

“Alhamdulillah benar kata orang rezeki itu tidak pernah salah alamat. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Tan Sri atas hadiah yang paling bermakna bukan sahaja untuk saya tetapi juga mak dan ayah.

“Sejak kecil saya memang nak ke Makkah. Syukur Alhamdulillah ALLAH bagi saya rezeki ini,” katanya.

Rifqi merupakan individu pertama yang bangun bertanyakan soalan kepada Tony.

“Saya tanya apakah inspirasi beliau hingga boleh membuka syarikat penerbangan. Saya turut kongsikan inspirasi saya adalah emak dan ayah di mana saya tengok gambar mereka setiap hari.

Artikel Berkaitan:

“Saya ada beritahu Tan Sri saya memasang hajat untuk membawa mereka berdua ke Makkah,” katanya.

Difahamkan pada penghujung majlis, Tony memanggil Rifqi ke hadapan dan mengumumkan tiket penerbangan ke Makkah kerana telah memberi inspirasi serta membuatkannya gembira.