4,619 kes baharu Covid-19, satu kematian direkodkan

Sebanyak 4,619 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Foto fail Bernama
Sebanyak 4,619 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan dua daripadanya merupakan kes import. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 4,619 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 turut dicatatkan.

Justeru, laporan Covid 19 yang telah dikemas kini laman sesawang kementerian kesihatan itu sehingga malam Sabtu, jumlah kematian dalam negara kini mencatatkan 36,482 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 36,582 kes, dengan 34,907 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,605 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 20 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 50 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 4,850,474

Artikel Berkaitan: