18,200 penyokong banjiri 22 pusat penamaan calon di Selangor

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Dianggarkan seramai 18,200 penyokong pelbagai parti politik hadir di 22 buah pusat penamaan calon di Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Seramai 4,281 pegawai dan anggota bertugas semasa proses penamaan calon semalam (Sabtu)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Arjunaidi berkata, keseluruhannya seramai 122 orang calon terdiri dari pelbagai parti politik dan calon Bebas telah mendaftarkan diri sebagai calon menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka pada 19 November.

"Calon-calon terlibat ada dari Barisan Nasional seramai 22 orang, Perikatan Nasional (22), Gerakan Tanah Air (18), Parti Rakyat Malaysia (lapan), Parti Bangsa Malaysia (dua), Parti Utama Rakyat (satu), bebas (22), Warisan (lima).

"Polis Selangor mengucap jutaan terima kasih kepada semua parti politik yang bertanding kerana telah memberikan kerjasama serta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan PDRM dan Suruhanjaya Pilihan Raya," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: