Nilai kekayaan dipersoal, Rafizi jawab Isnin ini

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bakal menjawab keraguan dibangkitkan beberapa pihak terhadap jumlah kekayaan miliknya yang diisytiharkan baru-baru ini.

Menurut Rafizi, beliau akan mengumpulkan segala persoalan yang dibangkitkan berkenaan perkara tersebut untuk dijawab dalam satu sidang akhbar pada Isnin ini.

“Ialah sebab kita kumpul semua ini (persoalan), Insya-ALLAH saya akan jawab secara terperinci hari Isnin,” katanya dalam satu sidang akhbar di Bilik Gerakan Utamanya bagi Parlimen Pandan di Taman Seraya di sini pada Sabtu.

Pada Rabu, Rafizi yang juga calon Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Berdasarkan dokumen dikongsikan, kebanyakan aset milik beliau itu diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd (Invoke) iaitu syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Susulan daripada itu, seorang pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rashid Hasnon mempersoalkan sama ada Rafizi Rafizi membina kekayaannya dengan menggunakan sumbangan orang ramai.

Dalam satu kenyataan, Rashid yang merupakan bekas Ahli Parlimen daripada PKR sebelum berpaling tadah menyertai Bersatu menggesa Rafizi menjawab beberapa soalan mengenai pegangannya dalam syarikat Invoke Solutions Sdn Bhd demi kepentingan akauntabiliti awam.

Sementara itu, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Razlan Rafii pula menyifatkan kekayaan dimiliki Rafizi dalam tempoh singkat itu adalah mencurigakan.

Artikel Berkaitan: