Akmal Nasrullah berdepan 3 saingan di Johor Bahru

Dari kiri; Mohd Akhiri, Akmal Nasrullah, Johan Arifin dan Mohd Mohtah selepas diumumkan secara rasmi sebagai calon di kerusi Parlimen Johor Bahru di Dewan JKR Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
Dari kiri; Mohd Akhiri, Akmal Nasrullah, Johan Arifin dan Mohd Mohtah selepas diumumkan secara rasmi sebagai calon di kerusi Parlimen Johor Bahru di Dewan JKR Larkin, Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berdepan tiga saingan di Parlimen Johor Bahru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru itu bakal berentap dengan calon daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Mohtah Yacob; calon BN, Johan Arifin Mohd Ropi dan calon Gabungan Pejuang Tanah Air (GTA), Mohd Akhiri Mahmood.

Empat pencalonan berkenaan diterima dan diumumkan secara rasmi di Dewan Jabatan Kerja Raya (JKR) Larkin di sini pada Sabtu.

Pada PRU14, Akmal Nasrullah menang dengan majoriti 19,782 undi di Parlimen Johor Bahru menewaskan Tan Sri Shahrir Samad (BN).


Salahuddin serah kepada rakyat menilai saingan kerusi Pulai

JOHOR BAHRU - Penyandang kerusi P161 Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Amanah), menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap pertembungan ketiganya dengan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-UMNO).

Menurut Salahuddin, pihaknya kini menyerahkan kembali kepada rakyat bagi menilai dan seterusnya membuat keputusan yang terbaik kelak.

"Kita percaya rakyat di Pulai sangat mengenali kami, lagi pun ia merupakan pertembungan ketiga dengan Jazlan (Datuk Nur Jazlan, dan kita serahkan kembali kepada kepada rakyat untuk menilai.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah melakukan yang terbaik dengan menyantuni masyarakat dan kita serahkan 'pertarungan' ini untuk dinilai oleh mereka (rakyat)," katanya setelah selesai proses penamaan calon P161 Pulai di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim pada Sabtu.

Untuk rekod, selain Salahuddin, kerusi P161 Pulai turut menjadi rebutan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-UMNO) dan Loh Kah Yong (PN-Gerakan).

Sementara itu, Salahuddin turut menyifatkan saingan tiga penjuru berkenaan sebagai pertandingan yang agak menarik.

Katanya, pertandingan tiga penjuru itu dilihat akan memudahkan lagi rakyat untuk membuat pilihan kelak.

"Pada mulanya, kita menjangkakan saingan lima hingga enam penjuru, tetapi akhirnya tiga penjuru.

"Saya rasa ia satu pertandingan yang agak menarik kerana mudah untuk rakyat buat pilihan," katanya.