274 penduduk di sembilan kampung terlibat banjir di Perak

Keadaan banjir kilat melanda sembilan kampung di Taiping dan Batu Kurau mengakibatjan 274 mangsa dipindahkan ke PPS. - Foto JBPM Perak
Keadaan banjir kilat melanda sembilan kampung di Taiping dan Batu Kurau mengakibatjan 274 mangsa dipindahkan ke PPS. - Foto JBPM Perak
A
A
A

TAIPING - [DIKEMAS KINI] Seramai 274 mangsa banjir di sembilan kampung sekitar Taiping dan Batu Kurau terpaksa dipindahkan susulan banjir kilat sejak malam Jumaat.

Kesemua mereka ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Surau Kampung Tengaj, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol, Masjid Batu 8 Bendang Siam dan Surau Kampung Perak.

Operasi menyelamat dijalankan anggota bomba di lokasi terlibat banjir. Foto JBPM Perak
Operasi menyelamat dijalankan anggota bomba di lokasi terlibat banjir. Foto JBPM Perak

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, setakat jam 8 pagi ini, sembilan kampung yang terlibat banjir adalah Kampung Bukit Cempedak, Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Changkat Ibol dan Kampung Serapoh.

"Turut banjir di Batu 8 Bendang Siam, Changkat Ning, Kampung Ulu Sepetang dan Kampung Jahang.

"Anggota bomba menggunakan bot dan lori bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPS berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Sehingga kini operasi pemantauan dan menyelamat masih dijalankan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Kamunting dan Batu Kurau.

Artikel Berkaitan: