Mayat lelaki ditemui terdampar di Pantai Pulau Jerejak

Anggota Maritim Malaysia mengangkat mayat lelaki yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Jerejak.
Anggota Maritim Malaysia mengangkat mayat lelaki yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Jerejak.
A
A
A

GEORGETOWN - Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terdampar di Pantai Pulau Jerejak di sini, pada pagi Khamis.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 64 tahun itu ditemui komuniti nelayan kira-kira jam 11 pagi sebelum melaporkan kepada talian kecemasan.

Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, bot ronda KILAT 26 telah diatur gerak ke lokasi dan menemui mayat lengkap berpakaian terdampar di Pantai Pulau Jerejak.

"Siasatan awal diterima daripada pihak polis mendapati, mangsa dikenal pasti sebagai Teh Lee Cheok, beralamat di Paya Terubong, Air Itam adalah mangsa kes terjun jambatan kedua Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 28 Oktober lalu.

"Sebelum ini Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) selama tiga hari sejak bersama agensi sahabat namun mangsa gagal ditemui," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Abd Razak berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban dan diserahkan kepada Balai Polis Sungai Nibong untuk dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang bagi proses bedah siasat.

Dalam pada itu, beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat perlakuan jenayah daripada komuniti maritim serta kecemasan di laut boleh dilaporkan terus ke talian Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146 atau MERS 999.

Artikel Berkaitan: