Sidang DUN Pulau Pinang diteruskan Jumaat

Kon Yeow tidak hadir Sidang DUN Pulau Pinang kerana masih dalam tempoh kuarantin Covid-19.
Kon Yeow tidak hadir Sidang DUN Pulau Pinang kerana masih dalam tempoh kuarantin Covid-19.
A
A
A

GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan berlangsung seperti yang dijadualkan esok walaupun Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak hadir kerana masih dalam tempoh kuarantin Covid-19.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berkata, persidangan DUN akan berlangsung seperti biasa dengan sesi soalan lisan, sebelum ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kon Yeow tidak dapat hadir dan masih dalam tempoh kuarantin, namun ia tidak menjadi masalah kerana ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri akan hadir untuk menjawab soalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Selasa, Kon Yeow dalam Facebook rasminya mengesahkan beliau positif Covid-19.

Sebelum ini, beliau mengumumkan persidangan DUN Pulau Pinang akan diteruskan bagi mematuhi kehendak perlembagaan.

Bagaimanapun persidangan itu yang melibatkan pembentangan bajet negeri akan ditangguhkan sehingga selepas hari pengundian. - Bernama

Artikel Berkaitan: